Monday, October 26, 2009

Tiba2 terasa sangat bimbang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah..
Akhir2 ni, rasa cepat je nak menulis di blog, mungkin banyak perkara yang terjadi

Saya bergantung dengan ubat, bukan ubat biasa tapi ubat tahan sakit..yang umumnya diketahui tidak baik untuk satu tempoh yang panjang. Saya sudah mengambil ubat tahan sakit untuk satu tempoh yang konsisten.

"Jangan kawan sangat dengan ubat tu, dia jahat jugak." pesan Dr Nizar apabila saya memberitahu mengambil arcoxia 120mg setiap hari untuk menahan sakit. Cadangan dr untuk cuba untuk kurangkan dos ubat tahan sakit yang satu itu.


arcoxia 120mg

Saya akui, saya tidak lagi seperti dulu, jika dahulu saya akan tahan sakit hingga betul2 tidak mampu atau sampai saya pitam atau saya juga akan melimitkan kerja harian saya agar saya tidak berasa sakit. Tapi kini, saya amat cepat untuk makan ubat tahan sakit, saya mahu berdikari, mahu menguruskan diri. Dengan ubat tahan sakit juga saya masih sakit jika fizikal saya banyak bergerak. 'banyak' istilah saya mungkin tidak bagi orang lain. Sudah cukup untuk mendatangkan rasa sakit bila saya bergerak dari kelas ke kelas berturut2 atau untuk masa sekarang, turun ke bilik di tingkat 1 juga adakalanya saya terpaksa berhenti sekejap. Dan pernah saya hampir tidak mampu melangkah untuk satu tempoh walhal ketika itu saya hanya turun ke bilik bawah menggunakan lif. Subhanallah..Maha Suci Allah yang memegang setiap sesuatu.arcoxia 120mg

Saya tidak menulis untuk menarik simpati. Bukan juga untuk mengadu. Saya cuma terfikir, adakah satu cara untuk saya mengurangkan ubat tahan sakit yang akhirnya akan mendatangkan mudarat pada saya? Dalam masa yang sama saya masih mampu melakukan kerja2 seharian, minimum menguruskan diri saya?

Saya mohon petunjuk dari Allah, saya mohon agar diletakkan pergantungan sepenuhnya padaNya..hati saya tiba2 terasa bimbang, memikirkan side effect ubat2 tahan sakit yang sama ambil..

No comments:

Post a Comment