Thursday, October 22, 2009

Izinkan hambaMu sujud syukur



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Subhanallah,Alhamdulillah..lama benar saya tak mengupdate blog ni, ketandusan idea tak tahu apa yang perlu diungkapkan, nikmat pinjaman yang Allah tarik semula..mungkin ada sesuatu yang perlu direnungkan, menyampaikan bahan juga terasa begitu susah akhir2 ini, ketandusan ilmu rasanya..masakan Allah mentakdirkan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya, tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengawasan Allah, yang Allah tunjukkan kami apa yang kami lupa

(Ibrahim:14) Dan(ingatlah) ketika TuhanMU memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu) pasti azabKu sangat berat..




untuk mengungkapkan post kali ini, mengambil masa yang agak lama, masa untuk mengungkapkan satu pengakuan yang tak pernah diungkapkan.."saya sakit" bukan tidak mengaku, namun sekadar mengambil keputusan dari sudut psikologi untuk menguatkan diri sendiri, maaf pada banyak pihak yang terlalu banyak bersabar selama ini..

Saya mohon ampunan dari Allah Rabb Yang Maha Agung, Maha Dekat dengan hambaNYA dan mohon dihindarkan dari kejelekan amal, sifat2 mazmumah yang tidak layak untuk ada pada diri seorang hamba yang hina ini. Moga2 entri ini sedikit sebanyak membantu saya dan mengajak semua orang merenung kembali rasa syukur yang ada kalanya sukar diungkapkan.



Kesakitan yang saya rasa tidak seteruk dan sekronik orang lain, malah mungkin kesakitan ini sebenarnya hanya 0.001% dibandingkan dengan orang lain. Saya masih punya cukup anggota, masih mampu bercakap, bergelak ketawa, menangis, makan dan minum. Masih punya keluarga yang sangat supportive. Jazakallahu khairan jaza' buat semua yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan bantuan. Hanya sesekali sakit datang dan nikmat berjalan ditarik,itupun tidak lama.

Dengan rasa sakit ini, saya mula sedar maksud "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara" -sihat sebelum sakit, dengan kesakitan yang datang dan pergi tidak menentu, saya biasanya cuba menyelesaikan setiap perkara ketika saya sihat, kerana saya tidak tahu bila saya mampu menyelesaikan. Umpamanya study, saya bukan ulat buku, bukan juga orang yang sangat rajin study..Namun, saya sedang belajar dengan izin Allah untuk sentiasa berusaha untuk study setiap masa yang ada kerana saya takut andai malam sebelum peperiksaan atau 2,3 hari sebelum peperiksaan saya sakit dan tidak mampu untuk study..satu hikmah yang Allah ajarkan pada saya bahawa sebaik2 perancang adalah Allah..

Satu perkara yang saya cuba dan masih mencuba untuk praktikalkan melalui pembacaan saya..sakit dan sihat itu nikmat Allah, sihat adalah nikmat yang tidak terhingga..ketika melihat gambar sewaktu zaman persekolahan dulu, saya adakalanya berfikir bagaimana saya berjalan satu ketika dahulu tanpa rasa sakit? bagaimana saya mampu berlari dan bermain satu ketika dahulu tanpa rasa sakit? saya masih tertanya2 bagaimana rasa itu? dan akhirnya saya tersenyum sendiri..namun, saya juga dikurniakan nikmat sakit yang tidak semua orang rasa..sihat dan sakit boleh mendekatkan kita pada Rabb dan kedua2nya juga boleh menjauhkan kita dari Rabb..bukankah matlamat akhir kita berjumpa dengan Rabb Yang Agung? Maha Suci Allah, saya mohon agar tidak dijauhkan atas mana2 nikmat yang diberikan

Saya sangat takut, sangat2 takut untuk menulis entri ini, kerana saya akan diuji atas apa yang saya tulis..saya tidak mahu menjadi hamba yang dimurkai kerana bertutur tanpa amal, jadi saya mohon dengan permohonan yang amat pada setiap pembaca untuk sentiasa mengingatkan saya semula andai satu hari nanati saya seakan2 lupa dengan apa yang diungkapkan ketika ini..

(61:2-3) Wahai orang2 beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.

Jadilah hamba yang bersyukur, perbanyakkan mengingati Allah dalam setiap nikmat yang dikurniakan walau sekecil apa sekalipun nikmat itu..biasakan diri dengan sujud syukur, bersyukur pada Allah atas setiap nikmat yang dikurniakan dalam setiap hari..Jika hari ini,kita sakit, bersyukurlah pada Allah kerana Allah sedang memberikan tarbiyah langsung darinya..disamping berdoa moga Allah mendekatkan kita padaNya dengan nikmat ini..
saya sangat suka bait2 lagu raihan- Syukur

rasa syukur itulah taat
setiap tempat setiap waktu
syukur itu dapat dilihat
pada sikap dan tingkah laku

syukur itu sifat mulia
hindar dari tamak haloba
rasa cukup apa yang ada
hati tenang hidup sejahtera

syukur itu banyak caranya
taat beribadah tekun berusaha
saling membantu berkasih sayang
murah senyuman hulur sedekah

Ayuh sahabat, kita tidak mahu menjadi hamba yang hanya bersyukur apabila dijauhkan bala, tidak mahu menjadi hamba yang hanya bersyukur apabila masalah selesai, bukan juga bersyukur hanya apabila kita sembuh dari sakit..namun bersyukurlah saat kita ditimpa masalah, bersyukurlah juga saat kita sakit, kerana sesungguhnya kita hamba yang tidak tahu apa yang terbaik buat kita, pasti apa yang dikurniakan pada kita itulah yang terbaik. Jadi bersyukurlah kerana kita dikurniakan yang terbaik buat diri kita..

Saya belum selesai melakukannya, saya masih belajar melakukannya dan saya mahu mengajak kita semua berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur, dan kita saling meningati untuk bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan, bagaimana menjadi hamba yang bersyukur? saya mampu memberikan secara ringkas kerana saya masih belajar dan mencari ilmu untuk menjadi hamba yang berysukur..sedikit demi sedikit tingkatkan ibadah kita..menyemai rasa kehambaan disamping tanda bersyukur kita pada Rabb yang tidak pernah putus memberikan nikmat..

Ingatkan saya tatkala saya lupa,
"wahai Rabb Yang Maha Agung..Yang Maha Tahu, Kau teguhkan hati kami tatkala kami ditimpa ujian, jangan Kau palingkan kami setelah Kau beri petunjuk kepada Kami, maafkan Kami andai kami terlupa atau tersalah, dekatkan kami denganMu ya Allah, jadikan Kami hamba yang bersyukur..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar..




No comments:

Post a Comment