Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dengan asma Allah yang padaNya kami sandarkan sepenuhNya padaMu, kami tidak punya apa melainkan apa yang Kau pinjamkan kepada kami, sesungguhnya kami tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kami sendiri, Kau tuntunlah langkah kami Kau kuatkan jiwa-jiwa kami menerima yang terbaik dari sisiMu
Subhanallah Alhamdulillah
Pagi ni, saya dah berada di rumah, di ipoh..Tengah menunggu untuk bertolak ke Kelantan, HUSM. Hampir 2 bulan tidak ke sana, macam2 perasaan bermain di fikiran, hanya kepadaMu ya Allah kami sandarkan segalanya, kuatkan langkah kakiku ya Allah. Sepatutnya appoinment 4hb yang lepas tapi atas masalah2 yang tidak dapat dielakkan, saya akhirnya akur dengan permintaan untuk menangguhkan appoinment tersebut walaupun hakikatnya jauh dari sudut hati saya, terlalu berat rasanya untuk menunda appoinment, kalau boleh secepat mungkin saya mahu bertemu dengan doktor. Bertahan dengan ubat tahan sakit sangat merisaukan..Sekali lagi, saya bukana pesakit kritikal, kesakitan yang saya alami tidak besar. Malah tidak ada apa-apa pun yang kurang pada pandangan saya. Atau kata2 dari kenalan saya yang saya di HUSM dulu, "Sakit kita ni, bukan boleh bawa mati, cuma kita ni tak selesa sikit la, tak sama macam orang lain " =)
Saya menghidapi sakit tulang belakang. Macam2 assumption dan macam2 cara yang dicadangkan oleh doktor. "Facet joint", "Periformis Muscle", "prolapse disc" antara hadiah2 Allah buat saya. Dan yang terbaru saya 'disebut2' sebagai penerima satu lagi hadiah Allah, "arthritis". Segalanya masih dalam 'penyelidikan'. Doktor bukan penyembuh penyakit. Mereka hanya berusaha sebatas kepakaran dan penetahuan masing2. Mereka hanya perantara Allah.
Saya punya satu kelemahan yang besar, yang mungkin sisi ini yang sedang Allah tarbiyah saya melalui 'penyakit2' yang hadir. Saya tidak pandai untuk menceritakan sakit yang dirasa, baik kepada ahli keluarga, doktor atau sesiapa sahaja. Jihad inilah yang sedang saya usahakan. Esok jam 9 am, saya dijadualkan untuk bertemu dengan doktor, saya masih berfikir2 bagaimana untuk menceritakan pada doktor, berfikir2 bagaimana untuk berbincang secara matang kerana saya biasanya akan 'cepat mengalah' pada keadaan sekeliling apabila melibatkan hal kesihatan. Saya mohon doa dari semua pihak untuk Allah berikan saya keberanian dan kekuatan untuk jihad yang satu ini =)
Di satu sudut, saya ingin mengajak kita semua untuk berfikir dan merenung, hakikat kehidupan kita dan hakikat dakwah yang kita pikul..Berusaha meletakkan diri yang terbaik dari sisi Allah bukan sesuatu yang mudah dan tidak slalunya manis. Di saat semua orang sibuk bergerak melaksanakan amanah yang diberikan, sibuk berprogram, memenuhi masa dengan mendengar pengisian, saya berada di sini, di rumah dan esok saya perlu berjumpa doktor.
Jika dipandang dengan mata kasar, saya adalah orang yang rugi kerana tidak dapat bersama rakan2 seperjuangan. Namun, ingatkanlah saya bahawa apa yang sedang saya lakukan ini adalah salah satu kerja dakwah yang diamanahkan khusus buat saya. Dimana pun kita, apa pun yang kita lakukan adalah dakwah. Sama2 lah kita memandang dan meluruskan walau sekecil2 benda dalam kehidupan kita bahawa ini adalah satu ibadah yang kita lakukan hanya kerana Allah. Kerana penciptaan kita adalah untuk beribadah kepadaNya.
Jangan seekali kita biarkan setiap masa, berlalu dengan sia2..biarkan kesakitan, kelelahan dan kesabaran kita diukur dan diterima sebagai nilai ibadah di sisi2 Allah..
(Az- Zariyat:56) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepadaKu
Saya tidak suka sekali mendengar kata2 dari akhwat "ana tak sesibuk antunna". Carilah bahagian dan ruanag untuk kita menyumbang kepada agama. Pandanglah setiap sisi yang kita lakukan sebagai ibadah. Jangan sesekali kita mensia-siakan peluang yang diberikan.
Saya adalah manusia yang sentiasa lupa, bantulah saya untuk kita sama2 meraih redha Allah, membangunkan ummat yang sudah lama lena. Juga membangunkan diri saya yang punya sangat2 banyak kelemahan. Sesungguhnya setiap kita mempunyai jihad yang khusus dari Allah. saya mohon doanya dari semua untuk jihad yang satu ini
No comments:
Post a Comment