Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Subhanallah, Alhamdulillah
Alhamdulillah, hari ni kita masih mampu bangun, masih mampu melihat masih mampu tersenyum masih mampu membaca dan dikurniakan 1001 nikmat yang tidak ada gantinya, kalau nak disenaraikan tidak cukup nak di postkan di mana2 blog =) sujud syukur, maksimumkan ibadah semampu kita tanda syukur kita atas kurniaan rahmat dari Rabb Yang Maha Agung, Yang tidak pernah membiarkan kita walau satu saat! Subhanallah
Semalam, saya tidak dapat bangun seharian. Saya bangun pagi jam 5.30 dan selepas solat subuh, saya terus membaringkan diri di katil. Pening..sangat2 pening, saya tidak mampu untuk bangun. tekak terasa loya..
"Aduh, ni mesti kesan ubat semalam" saya membuat sedikit assumption berdasarkan pengalaman2 sebelum ini. Saya sangat susah untuk menyesuaikan diri dengan ubat tahan sakit yang lain. Saya biasanya akan mendapat side effect yang kadangkala hanya sedikit orang sahaja yang mengalaminya. Jam 11 pagi saya bangun untuk mandi, sampai separuh jalan, saya tak mampu bertahan. Balik ke katil dan terus memejamkan mata. Terasa sungguh tak larat! Dan akhirnya saya kembali tertidur dan bangun semula jam 2.30 petang.
Terasa lega sedikit, namun tak mampu bertahan, pening yang saya cuba untuk lawan kembali mengganggu jam 7 malam. Kali ini saya tak mampu untuk duduk. Selepas isya saya baring di katil dan tidur semula sampai pagi.
Hari tidur =), saya kemudian pantas menaip mesej kepada Dr Nizar. Alhamdulillah. Satu lagi nikmat dari Allah. Dr kemudian memberi persetujuan untuk saya berhenti mengambil ubat itu. sangat susah bagi Dr untuk memadankan ubat bagi saya.
No comments:
Post a Comment