Pagi ni agak letih, mungkin kerana perjalanan ke Kelantan semalam. Sampai rumah semalam lebih kurang jam 10 malam. 25 oktober, tarikh yang ditetapkan untuk berjumpa dr, dah pun berlalu, entah kenapa pagi sebelum berjumpa doktor semalam hati tidak seronok, mungkin menguji pergantungan dan keyakinan pada Yang Memegang hati2 manusia
mri prolapse disc
'ada prolapse disc' komen dr Nizar Abdul Jalil dan disc L5 S1 tu dah out," komen ringkas dr Nizar tatkala melihat imej MRI..saya tidak tahu perasaan apa yang wujud ketika itu, saya tidak sedih sama sekali tidak. Saya juga tidak terkejut. Malah saya lega. Setelah beberapa pemeriksaan di buat, Dr mengesahkan kali ini "your simptom tu signifikan dengan MRi film""Kaki saya selalu rasa kebas, macam kurang function berbanding kaki kanan bila saya buat aktivit seharian" saya cuba menerangkan kepada dr. Memang itu simptomnya kepada masalah disc. Namun masih mampu dikawal. Saya cuma tidak mampu menahan sakit akibat dari duduk lebih dari sejam di kerusi.
"manageable tak?" soal Dr, saya berfikir sejenak..jika dibandingkan dengan satu ketika dulu. Kemudian saya memberi jawapan ringkas "ya".
"Dr, saya tak boleh tahan duduk lama. Macam sakit sumwhere dekat facet joint" Facet joint, satu lagi masalah yang saya hadapi menyebabkan saya kurang keupayaan untuk duduk statik dalam tempoh lebih dari sejam. Hasil pembacaan saya, saya rasa simptomnya begitu.
"ada muscle problem kat belakang ni, facet tu kita dah inject hari tu" ini penemuan terbaru untuk pemeriksaan semalam. Tapi muscle pain tu sakit. "awak jangan duduk lama sangat, lepas setengah jam berhenti, rehat kemudian baru sambung semula," komen seorang lagi dr
3 small injection diberikan di bahagian belakang. Injection terakhir sangat2 sakit. Saya tidak mampu lagi tersenyum. Mata saya pejamkan rapat, tangan saya genggam sekuatnya bantal di kepala. Jarum suntikan tepat kena pada tempat yang sakit. Biasanya saya akan senyum walaupun saya sakit ketika pemeriksaan, psikologi untuk diri sendiri mungkin. Dan adakalanya menyukarkan dr! "hang ni sakit pun senyum" kata dr.
Agak sejam berada dalam bilik dr, semuanya berakhir untuk hari ini, 3 jenis ubat dibekalkan. Berserta nasihat2 penjagaan kesihatan diri. 5 tube darah diambil untuk melihat kebarangkalian penyakit2 lain. "datang dengan masalah selori" kata2 dr menyebabkan saya tersenyum sendiri memikirkannya.
Saya cuma berharap dan berdoa agar dikurniakan yang terbaik dari sisiNya, jika dengan kesakitan ini, saya lebih akrab denganNya saya mohon doa agar dikuatkan menghadapi semua ini namun jika kesakitan ini menjauhkan saya dariNya, saya mohon dijauhkan..
assalamualaikum ukhti solehah.
ReplyDeletebolehkah saya tahu email dr nizar abdul jalil?adakah beliau di HUSM?saya ingin bertanya kepadanya tentang masalah belakang saya.TQ
assalamualaikum,boleh saya copy entry saudara ni terutama gmabar?tq
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Saudari solehah, bolehkah saya tau perkembangang kesihatan ukhti skrg, Krn saya juga menghadapi mslh yg hampir sama & rancang nak buat rawatan. Tq.
ReplyDelete