Sunday, September 6, 2009

Indahnya kesabaran

bismillah..
penat membuat matematik..MAA111 aljabar linear, perkiraan panjang dan lama yang tidak menghadirkan jawapan..jadi, solusi terbaik untuk berehat..menulis!
sedikit perkongsian tentang kesabaran dari ceramah ustaz Aa Gym


" bangsa kita masih lemah dalam soal kesabaran"
" orang yang kurang kesabaran hilang keindahan dalam dirinya"

Kita harus sangat serius meningkatkan kualitas kesabaran setidaknya dalam 3 hal, 3 hal utama yang saya fikir menjadi asas kepada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita..

1. sabar dalam meluruskan niat
2. sabar dalam menyempurnakan ikhtiar
3. sabar dalam mendapatkan hasil


1. Sabar dalam meluruskan niat

Renungkan kembali sejauh mana luasnya konsep niat dalam kehidupan seharian kita?



adakah kita meluruskan niat hanya ketika beberapa perkara?
ketika nak belajar? meluruskan niat untuk bekerja dalam medan dakwah?
pernahkah kita meluruskan niat ketika hendak membeli barang?
pernahkah kita meluruskan niat ketika hendak makan?
lalu di situ menjawab persoalan mengapa masih timbulnya pembaziran dalam berbelanja..
kenapa masih timbul berlebihan dalam makan dan minum..
masih timbul juga berlebihan dalam bercanda?

sehebat mana pun amal,tanpa niat yang benar, segala-galanya menjadi sia2..

"untuk apa saya menikah?"
- mudah2an dengan menikah saya dapat meningkatkan ibadah
-mendapat cahaya untuk menerangi umat

Apabila kita mencuba meluruskan niat,maka usaha itu sudah dikira sebagai amal insyaAllah
contohnya membeli barang?
ketika membeli,tanyalah pada diri: " apakah ini satu keperluan?"
kalau tidak perlu itu namanya menambah biaya bukan lagi menjadi nilai tambah untuk meraih redhaNya
takut2 mendatangkan perbuatan kita menghasilkan riya'
setiap apa yang kita nak buat, tanya pada diri..untuk apa semuanya?
tanya dulu niatnya apa?

2. Sabar dalam menyempurnakan ikhtiar
lumrahnya manusia,apabila sudah punya satu2 keinginan maka kita mengahrapkan agar keinginan itu ditunaikan serta merta
Apa yang dikupas oleh ustaz Aa gym, apa yang kita bermakna dan bererti sebenarnya adalah proses untuk mendapatkan hasil itu.
disitulah pentingnya kesabaran..

sabar dalam berproses

kita akan menikmati nikmat titisan air mata,nikmat titisan darah dalam menempuhi proses itu,disitulah ukurannya
tanpa sabar, tidak ada apa yang akan dinikmati dalam kehidupan kita
kerana kesabaran itu yang akan dikira sebagai amal

kesabaran menanggung kesakitan
kesabaran membangun bangsa
segalanya membutuhkan waktu


malah,sikap tergesa2 tdk akan memberikan apa-apa malah hanya membantutkan proses

3. Sabar dalam mendapatkan hasil

Sabar dalam menerima hasil yang disukai atau tidak disukai
amal kita menjadi sia-sia dan tidak diterima kerana tidak sabar
yakinlah Allah punya perancangan yang lebih baik

Kegagalan dalam melakukan sesuatu merupakan suatu 'nikmat' satu pengalaman yang tidak diberikan pada setiap orang..
tidak ada apa yang rugi,namun dengan syarat..usaha semaksima mungkin dalam berikhtiar
malah memperbahrui niat untuk melakukan setiap pekerjaan itu sudah menjadi amal,
usaha yang dilakukan untuk mencapai setiap hasil menjadi amal
dan akhirnya kesabaran untuk mendapatkan hasil dan kesabaran yang menerima setiap hasil akan dikira sebagai amal..


dan setiap langkah jadi amal

"ikhtiar itu menyebabkan kehabisan duit? namun tidak ada hasil?"
ingatlah bahawa yang dicari bukan hasilnya namun keredhaan Allah, dan segalanya milik Allah
redha..pahalanya di situ
dan sempurnakan ikhtiar tanpa berkeluh kesah

musibah bukanlah ketika gagalnya kita mencapai sesuatu tapi muibah adalah ketika wujudnya rasa putus asa ketika menerima ujian


(Al-Baqarah:216) Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui


jangan goyah dengan setiap perkara yang telah terjadi
walaupun ketika 'nasi sudah menjadi bubur'
kerana kita harus mesti memikirkan sesuatu yang lebih baik dan terus berusaha untuk memperbaiki keadaan
maka ketika nasi sudah menjadi bubur, fikirkan di mana boleh di cari ayam yang segar, carilah bawang goreng, potonglah sayur sayuran yang boleh menambahkan khasiat dan jadikan bubur itu, bubur ayam yang istimewa

bubur yang tidak sia-sia selepas nasi menjadi bubur,agar bubur itu mendatangkan manfaat kepada setiap yang 'menikmatinya'










BERSABAR DALAM HASIL ATAU TIDAK HASIL
SABAR DALAM KESULITAN LEBIH MUDAH BERBANDING KELAPANGAN
SABAR KETIKA TDK PUNTYA WANG LEBIH MUDAH DARI KESABARAN KETIKA MEMPUNYAI BANYAK WANG..

Apalah ertinya setiap perbuatan apabila tidak menjadi amal
kerana yang dibawa ke akhirat adalah amal
kerana ciri orang yang syukur itu adalah apabila

kesibukan menjadi amal
kesibukan menambah baik
kesibukan membuatnya lebih dekat dengan Allah
apa yang dimilikinya membawa manfaat pada orang lain

sabar itu bukan pasrah, namun sabar itu adalah hati menerima dengan redha dan mencari proses ikhtiar ke jalan yang disukai dan diredhai Allah

org pasrah itu tidak ikhtiar
"saya harus meningkatkan kesabaran"

dengan kesabaran
kita akan lebih tepat dalam membuat keputusan
kita akan lebih tepat dalam berkata2
sama-sama kita berikhtiar untuk sabar..tempuhi proses sabar dengan baik,moga segalanya diterima oleh Allah...




1 comment:

  1. Assalaamu'alaikuum warahmatullaahi wabarakaatuh

    Alhamdulillaahirabbil'aalamiin.. Terima kasih untuk tausyiahnya. Insya Allah sangat bermanfaat bagi saya.

    Jazaakillaah khoir..

    ReplyDelete