Tuesday, September 8, 2009

AMPUNKAN AKU YA RABB


Akhir-akhir ni, waktu sahur begitu susah sekali nak membuka mata, badan terasa begitu sakit.sendi2 seakan meminta untuk direhatkan sebentar

Nampaknya keputusan eksperimen yang entah kali ke berapa ke atas diri sendiri, seakan mula menunjukkan keputusannya.Hipotesis diterma atau ditolak? Kesimpulan yang masih jauh untuk diberikan.

Memaksa diri untuk melawan kesakitan yang dirasa atau dengan erti kata lain, cuba untuk melupakan kesakitan yang dialami

Mungkin kesakitan yang dirasa tak setanding dengan penderitaan orang lain, bahkan ujian ini mungkin sangat sedikit nak dibandingkan dengan orang lain

Dan yang paling penting, ujian ini masih terlalu kecil, sangat-sangat kecil dibandingkan dengan rahmat dan nikmat yang diberikan oleh Allah

Bahkan sebenarnya..nikmat kesakitan dan kesihatan itu harus dipandang pada satu sudut yang sama. Kerana hadirnya ujian itu bukanlah untuk menghukum atau menyeksa kita tapi hanyalah secebis rahmat kasih sayang Allah untuk mengembalikan kita kepadaNya

Subhanallah..

Setelah kita jauh dalam nikmat kesenangan dan keselesaan diri kita, Allah kembali memanggil kita untuk merintih dan merayu kepadaNya

Maha Pengasih dan Penyayang Allah..

Moga Allah sentiasa menguatkan kita dengan setiap ujian yang diberikan, bukanlah ujian itu untuk menzalimi diri kita bahkan ujian itu untuk melengkapkan diri kita..agar bisa bertemu denganNya nanti dalam keadaan tersenyum

”Ampunkan aku ra Rabb..adakalanya aku terlalu lemah menghadapi segalanya, bantu aku ya Rabb,kurniakan aku rasa kehambaan, jadikan aku hamba yang bersyukur kerana aku tidak punya apa selain Mu dan aku tidak tahu apa yang terbaik buat diriku melainkan Engkau..”


facet joint

No comments:

Post a Comment