Thursday, September 10, 2009

HARGA KEMAAFAN


bismillah..
pagi ni hari dimulakan dengan lebih bertenaga, mungkin kesan ubat semalam yang membawa kepada tidur yang sangat nyenyak..sepanjang hari semalam,banyak dihabiskan dengan berehat di katil, badan terasa sangat2 letih, macam baru lepas hiking bukit jambul..
berkali-kali cuba melelapkan mata dengan harapan untuk berehat,mungkin badan mula menuntut haknya setelah dipaksa ke kelas...walaupun hakikatnya nak je berehat di katil..
Jadi, cara yang paling berkesan untuk berehat supaya badan mendapat haknya adalah,ambil ubat setelah dapat persetujuan dr peribadi melalui mesej Dr Johari merangkap abang kandung..
"Tidur yang cukup dan nyenyak juga perlu dalam rawatan kesakitan kronik,terutama tidur jenis 'Non REM sleep" kerana merehat dan mengembalikan keremajaan otot" -petikan artikel kesakitan kronik harian metro 16 Ogos yang ditulis oleh Dr Nizar Abdul Jalil (pakar kesakitan kronik HUSM)
patutla hari tu dapat ubat terus tidur..ini sebabnya,namun masih belum pasti apakah maksud sebenar 'Non REM sleep'

ubat
Alhamdulillah,jam 10 mata sudah mula tak mampu nak dibuka,dan terus tidur sampai jam 4.30 pagi baru tersedar semula..
Namun, setelah pagi dilalui dengan sedikit perubahan, muncul pula 'tarbiyah' kasih sayang Allah untuk pengajaran yang seterusnya
entah macam mana boleh berselisih faham dengan roomate,mungkin sangat sedikit halnya dan tidak membawa kepada perubahan sikap mana2 individu hasil perselisihan tersebut.."Alhamdulillah,inilah tarbiyah mengajar kami" perselisihan tidak mungkin menjauhkan kita kerana kita semua muslim..
Namun, hati-hati walaupun bersama akhwat tarbiyah,kerana fitrahnya seorang manusia adakala terluka,peribadi yang berbeza menghasilkan sikap dan cara berbeza
Namun,itu bukan alasan untuk kita terus-terusan 'membela' diri atas kesilapan yang berlaku..berusahalah semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan itu,kelemahan yang akan menyebabkan hati seorang mukmin terguris selagi mana ia tidak terkeluar dari batasnya..bersikap adil dalam perbuatan iaitu meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya..
sedikit perselisihan membawa satu perasaan yang tak seronok..menyakiti hati seorang muslim boleh membawa kepada dosa,itulah perkataan yang timbul dari hati sejak awal perselisihan walaupun roomate macam tak de ape2 je..
jadi,perselisihan dan kesalahan pagi tadi dengan roomate perlu segera disusuli dengan maaf,
rumet, Maafkan ana

astaghfirullah..
mudah sungguh seorang insan berbuat dosa..ampunkan aku ya Allah,ampunkan aku ya Allah
kemudian kepala berfikir..ligat mencari idea, bagaimana cara terbaik untuk memohon maaf
buatla sedikit tulisan dan tampalan,dengan harapan apabila bangun rumet bangun dari tidur..permohonan maaf itu diterima
takut rasanya, dosa itu menghambat perjalanan hidup apatah lagi menghambat ibadah antara rabb dan hambaNya
dan akhirnya,permohonan maaf dibuat dengan penuh rasa penyesalan..
kemudian,hati terfikir..terdetik
banyaknya dosa-dosa kita dengan Allah, dosa dengan Rabb..pencipta yang Maha Agung
bersungguh2 kah kita memohon ampunNya?
berfikir tak kepala untuk melakukan berbagai cara supaya dosa kita dengan Rabb diampunkan
astaghfirullah..istighfar yang seringkali menjadi 'rutin' namun diterimakah istighfar itu untuk terampunnya dosa-dosa.jika istgfar itu tidak disertai penghayatan maknanya dan rasa berdosanya kita pada Allah?
"kita mudah melakukan dosa apabila,kita tak rasa diri kita berdosa"-ceramah ustaz hasrizal dalam tajuk dosa penghalang hidup.
Astaghfirullah..moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu,sekarang dan akan datang..moga Allah menurunkan rasa ketakutan setiap kali melakukan setiap dosa..moga Allah memberi hidayah untuk kita sedar akan dosa-dosa 'kecil' yang seringkali kita tidak sedar..kerana kecilnya dosa itu tidak harus dipandang kecil kerana dosa itu pada Rabb Yang Maha Besar
Astaghfirullahal'azim


No comments:

Post a Comment