Wednesday, April 7, 2010
bunga2 disebalik duri ^_^
Selesai menjawab 2 test dan siap 1 assignment, not the primrose path ~
very tough, kdg2 tgh study, sakit..kepala tibe2 jadi pening..leher dan pinggang tibe2 sakit..kaki kebas..dan mcm2 lagi kasih sayang Allah tunjukkan..supaya hambaNya yang satu ini tahu siapa dirinya, namun kdgkala disebalik kesakitan tu, kita terlupa mengucapkan Alhamdulillah..terlupa bersyukur dan bergembira disebalik dosa2 yang bergugur hasil dari kesabaran itu..masakan Allah sengaja membiarkan kita kesakitan...
Disebalik jalan-jalan berliku menghabiskan degree yang pertama ni, ada banyak bunga2 yang Allah turunkan..bunga2 an yang tdkmungkin kita dapat tanpa ujian ini..pertolongan yang Allah hantarkan kepada hati2 makhlukNya bernama manusia..
Selalu kita memandang kepada kesenangan dan kemudahan, selalu kita meminta kekuatan dan kedekatan dengan Allah, tapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. kekuatan yang dipinta dikurniakan ujian yang akan melahirkan kekuatan bersandarkanNya..
Terima kasih pada mak, abah yang tidak pernah jemu memberi semangat, berdiri teguh disisi anak yang satu ini, Terima kasih pada abang2 yang sentiasa berkorban menghantar ke hospital tanpa sedikit pun rungutan dan tanpa meminta balasan, moga Allah menerima pengorbanan itu dan membalas dengan sebaik2 balasan..
Terima kasih pada sahabat2 yang sentiasa menghulurkan bantuan, sokongan yang tidak pernah putus..moga Allah meneguhkan kalian dan memberi sebaik2 balasan..
Pensyarah2 yang memahami,memberi ruang utk saya bernafas dan belajar di sebalik banyak kuliah2 yang tertinggal..perjalanan ini terlalu jauh lagi..^_^
Saya mohon pada Allah dengan sebenar2 permohonan supaya Allah melindungi dan memberikan kalian dengan sebaik2 jalan menujuNya..amien....
Sunday, April 4, 2010
KESENANGAN DAN KESULITAN=UJIAN
Bismillahirrahmannirrahim…
Alhamdulillah, di tengah2 kesibukan dan kesenangan Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk bermuhasabah diri. Diri yang terlalu kerdil, terlalu jauh dan sentiasa lupa..sejauh manakah kesyukuran ketika kita diuji dan kesenangan??
Kesenangan dan nikmat adalah satu ujian. Benar sama sekali..di tengah2 kesenangan dan keselesaan kita tidak ada parameter untuk mengukur kesyukuran, kita tidak ada parameter untuk mengukur hakikat kehambaan kita,hakikat kesyukuran yang selama ini menjadi teori. Kadangkala kita rasa kita sudah menjadi hamba yang bersyukur, bersykurkah kita?? Redhakah kita?? Ibadah2 kita sebagai kehambaan pada Allah atau rutinitas??
Tanpa kita sedar sebenarnya kita 'selesa' dengan apa yang ada. Tanpa sebarang masalah besar, kita beribadah dengan tenang..kita melakukan segala-galanya dengan sempurna. Hanya sesekali, ujian2 kecil melanda, namun tidak lama..ibarat ombak yang sesekali memukul pantai. Akhirnya kita hanyut dengan keyakinan diri sendiri. Astaghfirullah…Maha Suci Allah, ketika itu ujian diturunkan, untuk mengingatkan hambaNya..betapa penyayang dan pengasihnya Allah itu hingga kita yang seringkali lupa kemudian dipanggil semula agar tidak terus hanyut… Benarlah hakikatnya ujian kesusahan,masalah2 yang menggelisahkan hati kita secara manusiawinya adalah parameter sebenar semua teori2 yang sentiasa bermain di bibir kita. Teori kesyukuran, kehambaan, keredhaan..Kita hanya akan tahu sejauh mana keimanan yang tersembunyi dalam jiwa kita apabila turunnya ujian pada kita..
Di sinilah letaknya hikmah dalam setiap ujian, output yang terhasil ketika kita benar2 diuji menggambarkan apa yang sebenarnya ter'sembunyi' dalam jiwa kita. Input yang di ada itulah yang akan mengghasilkan outputnya. Umpama membuat kek coklat yang sedap, memerlukan ingredients2 yang sepatutnya. Kurangnya satu bahan akan menghasilkan rasa kek yang tidak sempurna. Itulah analogi diri kita. Sikap tidak berlapang dada, resah dan gelisah ketika diuji cukup untuk menggambarkan betapa tipisnya iman betapa gersangnya takwa dalam jiwa. Keyakinan kita pada pertolongan dan kuasa Allah benar2 teruji di saat kita dalam kesusahan, kita sebenarnya tidak punya kuasa untuk mengawal setiap yang berlaku di sekeliling kita..walaupun diri kita sendiri.
Ketika ujian tiba, ketika itu masa untuk bermuhasabah antara kita dan Allah, hanya antara kita dan Allah tanpa sesiapapun yang dapat mengukur. Jujurlah dalam muhasabah diri kita. Apakah perasaan dan apakah yang terbit dalam jiwa kita di saat kita diuji dengan kesusahan? Kehambaan yang sebenarnya pada Allah akan menghasilkan output yang sepatutnya. Kita layak di uji kerana diri kita bukan milik kita…ketika ini, kita diuji sejauh mana keyakinan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada segalanya milik Allah, sejauh mana pula tingkat kehambaan yang selama ini kita ulang dalam solat dan sejauh mana juga kesungguhan permohonan doa yang kita ungkapkan ketika berdoa??
Keyakinan pada Allah akan menghasilkan persediaan untuk diuji, keyakinan dan pengharapan yang sebenarnya pada kuasa Allah…bersyukurlah saat kita diuji! wallahu'alam..
Wednesday, March 3, 2010
Saturday, February 27, 2010
HUSM-23 FEBUARI
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
23 Febuari 2010, treatment kali ke 6, masuk kali ni dah 6 kali masuk OT
Appoiment yang sepatutnya 2 Mac, terpaksa diawalkan atas permintaan pihak hospital menyesuaikan jadual dengan satu-satunya Dr pakar kesakitan yang ada di HUSM.
Hampir 6 bulan tanpa treatment, terasa sakit betul treatment kali ni..tak tahu apa yang nak dituliskan..tapi kali ni, tidak sekadar mengajar erti kesakitan, tetapi terlalu banyak..sangat banyak hikmah yang Allah tuliskan pada perjalanan kali ini..
Mencari kembali erti optimis, yakin, dan berserah sepenuhnya pada Allah..Yang Maha Mendengar rintihan setiap hambaNya..sekali lagi,ujian ini tidak seberat orang lain, namun ada kalanya nafsu dan perasaan mula mencari ruang..ruang disebalik lubang2 iman yang rapuh..
Ya Allah, ampunkan aku...
Wednesday, February 17, 2010
academic stress!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi
hurm..lama dah tak bukak blog sendiri, permulaan semester yang nampaknya begitu sibuk, 6 paper mungkin nampaknya ringan bagi orang lain, tapi benar2 menuntut kekuatan mental dan fizikal, chaiyoke2 solehah!!
hehehe, untuk izah..jzk kahyran katheera atas nasihat dan support yang tak henti walaupun kadang2...heheheh, afwan ye izah
Bersangka baik dengan Allah, letakkan sepenuh harapan pada Allah, jangan cepat mengalah, jangan cepat putus asa..Allah yang kuasai semuanya, pasti ada jalan..optimis!
Sabar..this ia a part of ujian dan tarbiyah dari Allah, Allah nak ajar seimbang, manage banyak benda dalam satu masa, just relaks dan buat satu2..jangan terlalu cepat emosi..^_^..hehehe
Honestly, tak optimis macam dulu, cepat bersangka, cepat nak marah..dont know why..mungkin Allah uji dengan apa yang pernah kita cakap dulu..chaiyoke2 solehah, when there's a will there's a way..Allah tak kan pernah biarkan kita sendiri..
'He did not promise that life would be easy, but He did promise to go with you in every step of your life'
Pasti! Allah pasti ada..sabar..sabar..dan terus sabar, positif! kuat! jangan cepat terefek dengan manusia..hurm,kena marah dengan cikgu..tak pernah lagi kena marah sebab sakit, ni permulaan untuk menempuh kehidupan akan datang, abah kata..itulah jenis2 manusia..so solehah, take it easy and positive..apa ada pada marahnya manusia?
Mungkin,kadang2 kite selesa dengan apa adanya, jadi Allah turunkan satu ujian untuk mengeluarkan kita dari keselesaan..untuk kita kembali merintih,mengadu..solehah boleh! optimis, positif,bersangka baik dengan Allah!
Manage semuanya dengan baik,pelan2..nothing impossible bi iznillah, ^_^,mesti boleh! InsyaAllah,
Speacial thanks pada semua yang tak jemu ambik dan hantar ana ke kelas, melayan mesej2 ana di saat2 ana memerlukan bantuan memanage diri sendiri ^_^ jazakumullah khayran jaza'..moga Allah memudahkan urusan kalian dan moga Allah membalas dengan sebaik2 balasan
Optimis!
Thursday, December 17, 2009
Damba cintaMU
Lirik Lagu ” Damba Cinta Mu “
Artis ” Raihan “
Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan Hambamu
ku Sering Melanggar Laranganmu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
ku Sering Meninggalkan Suruhanmu
Walau Sedar aku Milikmu
Bilakah Diri ini Kan Kembali
Kepada fitrah Sebenar
Pagi ku Ingat Petang ku Alpa
Begitulah Silih Berganti
Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang MenDamba Cintamu
aku Lemah aku Jahil
Tanpa Pimpinan Darimu
ku Sering Berjanji Depanmu
Sering Jua ku Memungkiri
ku Pernah Menangis Keranamu
Kemudian Ketawa Semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-hambamu
Selangkah ku Kepadamu
Seribu Langkah Kau Pada Ku
Tuhan Diri ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
ku Takut Kepadamu
ku Harap Jua Padamu
Moga ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat
sesungguhnya...
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu