Wednesday, March 3, 2010

side effect

bismillah...

sangat letih dan lemah.. ^_^

Saturday, February 27, 2010

HUSM-23 FEBUARI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

23 Febuari 2010, treatment kali ke 6, masuk kali ni dah 6 kali masuk OT
Appoiment yang sepatutnya 2 Mac, terpaksa diawalkan atas permintaan pihak hospital menyesuaikan jadual dengan satu-satunya Dr pakar kesakitan yang ada di HUSM.

Hampir 6 bulan tanpa treatment, terasa sakit betul treatment kali ni..tak tahu apa yang nak dituliskan..tapi kali ni, tidak sekadar mengajar erti kesakitan, tetapi terlalu banyak..sangat banyak hikmah yang Allah tuliskan pada perjalanan kali ini..

Mencari kembali erti optimis, yakin, dan berserah sepenuhnya pada Allah..Yang Maha Mendengar rintihan setiap hambaNya..sekali lagi,ujian ini tidak seberat orang lain, namun ada kalanya nafsu dan perasaan mula mencari ruang..ruang disebalik lubang2 iman yang rapuh..

Ya Allah, ampunkan aku...

Wednesday, February 17, 2010

academic stress!

bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi

hurm..lama dah tak bukak blog sendiri, permulaan semester yang nampaknya begitu sibuk, 6 paper mungkin nampaknya ringan bagi orang lain, tapi benar2 menuntut kekuatan mental dan fizikal, chaiyoke2 solehah!!

hehehe, untuk izah..jzk kahyran katheera atas nasihat dan support yang tak henti walaupun kadang2...heheheh, afwan ye izah

Bersangka baik dengan Allah, letakkan sepenuh harapan pada Allah, jangan cepat mengalah, jangan cepat putus asa..Allah yang kuasai semuanya, pasti ada jalan..optimis!

Sabar..this ia a part of ujian dan tarbiyah dari Allah, Allah nak ajar seimbang, manage banyak benda dalam satu masa, just relaks dan buat satu2..jangan terlalu cepat emosi..^_^..hehehe

Honestly, tak optimis macam dulu, cepat bersangka, cepat nak marah..dont know why..mungkin Allah uji dengan apa yang pernah kita cakap dulu..chaiyoke2 solehah, when there's a will there's a way..Allah tak kan pernah biarkan kita sendiri..

'He did not promise that life would be easy, but He did promise to go with you in every step of your life'

Pasti! Allah pasti ada..sabar..sabar..dan terus sabar, positif! kuat! jangan cepat terefek dengan manusia..hurm,kena marah dengan cikgu..tak pernah lagi kena marah sebab sakit, ni permulaan untuk menempuh kehidupan akan datang, abah kata..itulah jenis2 manusia..so solehah, take it easy and positive..apa ada pada marahnya manusia?

Mungkin,kadang2 kite selesa dengan apa adanya, jadi Allah turunkan satu ujian untuk mengeluarkan kita dari keselesaan..untuk kita kembali merintih,mengadu..solehah boleh! optimis, positif,bersangka baik dengan Allah!

Manage semuanya dengan baik,pelan2..nothing impossible bi iznillah, ^_^,mesti boleh! InsyaAllah,

Speacial thanks pada semua yang tak jemu ambik dan hantar ana ke kelas, melayan mesej2 ana di saat2 ana memerlukan bantuan memanage diri sendiri ^_^ jazakumullah khayran jaza'..moga Allah memudahkan urusan kalian dan moga Allah membalas dengan sebaik2 balasan

Optimis!

Thursday, December 17, 2009

Damba cintaMU

Lirik Lagu ” Damba Cinta Mu “
Artis ” Raihan “

Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan Hambamu

ku Sering Melanggar Laranganmu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
ku Sering Meninggalkan Suruhanmu
Walau Sedar aku Milikmu

Bilakah Diri ini Kan Kembali
Kepada fitrah Sebenar
Pagi ku Ingat Petang ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang MenDamba Cintamu
aku Lemah aku Jahil
Tanpa Pimpinan Darimu

ku Sering Berjanji Depanmu
Sering Jua ku Memungkiri
ku Pernah Menangis Keranamu
Kemudian Ketawa Semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-hambamu
Selangkah ku Kepadamu
Seribu Langkah Kau Pada Ku

Tuhan Diri ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

ku Takut Kepadamu
ku Harap Jua Padamu
Moga ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat

sesungguhnya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Tuesday, November 10, 2009

HAMBA

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Subhanallah, Alhamdulillah..

Terasa tangan macam tak mampu nak menulis,bukan sakit,tapi terasa berat sekali, awalnya saya tidak mahu menulis, minggu exam la katakan, paper matematik 2 hari lagi, Alhamdulillah, setakat ini Allah memberi saya kekuatan untuk menjawab soalan2 yang ada walaupun banyak ujianNya saya mohon doa semua agar kita terus ditetapkan hati dan diberikan kekuatan yang SATU, kekuatan atas dasar seorang hamba,bukan kekuatan atas manusia.

Saya takut jika saya tidak menulis sekarang segalanya akan hilang...

Mari menjadi hamba,sebetulnya mari mencari siapa diri kita sebenarnya, mari mengkaji siapakah saya di atas muka bumi ini. Saya hanyalah seorang hamba. Kita semua hanyalah seorang hamba.

KIta tidak punya apa, walau sekecil apa pun, walau sebesar zarah pun, segalanya yang kita ada bukan milik mutlak kita. Walaupun tubuh kita sendiri, segalanya bukan milik kita. Justeru layakkah kita untuk merasa ego,merasa sombong besar diri atau sebagainya? Baru-baru ni, saya ditegur oleh Allah melalui perantaraan manusia. Terima kasih ya Allah kerana masih tidak membiarkan saya hanyut dengan kesalahan ini. Terima kasih teman kerana tidak pernah jemu mengingatkan saya tatkala saya tersungkur.

Saya secara tidak sedar melakukan kesalahan yang sungguh menampakkan saya seorang yang 'sombong'. Tindakan yang hadir dari diri sendiri sungguh menggambarkan. Saya sendiri tidak sedar. Hinggalah teguran ini hinggap "tindakan anti tu menggambarkan ciri2 orang yang sombong" lebih kurang inilah mesegnya. Saya terdiam, ya Allah sombongkah aku di muka bumiMu ya Allah..

Duduk merefleks diri seketika, saya imbas kembali semua yang terjadi sejak akhir2 ini, saya fikir kembali perasaan-perasaan yang hadir semenjak dua menjak diri. Sombongkah saya? Egokah saya. Sesungguhnya saya tidak layak untuk bersikap semua itu. KIta hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa. Lalu atas apa kita mahu bersikap sombong? Atas apa kita mahu merasakan kita hebat? Atas apa kita mahu merasa ego? Atas setiap sesuatu yang dipinjamkan kepada kita? Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang bersyukur??

Ujian yang hadir, adakalanya dalam bentuk yang tidak pernah kita fikirkan. Ujian luaran, tampaknya di mata. Namun ujian hati dan perasaan sesungguhnya memerlukan mata hati untuk dilihat. Kadangkala kita tidak menyangka yang perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam diri kita. Ujian sebegini terasa begitu berat dan sesak sekali dada untuk dihadapi. Melawan diri sendiri.

KIta hanyalah seorang hamba. Seorang hamba yang tidak layak untuk merasa walau secubit perasaan sombong, ego dan perasaan yang seangkatan dengannya. Kerana kita hanyalah seorang hamba milikNya..yang tidak memiliki apa pun melainkan segalanya pinjaman yang sementara..ampunkan kami ya Allah...

Saya mohon doa semua, untuk hari ini, dan hari2 seterunya untuk kita sentiasa sedar akan status kita sebagai HAMBA !

Ampunkan kami ya Allah atas keterlanjuran kami...






Saturday, October 31, 2009