Tuesday, October 26, 2010

Keaiban yang ditutup Allah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sunday, October 10, 2010

sabar, dan tingkatkn lg kesabran ^_^

Wednesday, September 22, 2010

TUA SEBELUM WAKTUNYA (artikel dr nizar abdul jalil-metro ahad)

Tulang merosot



2010/09/12

“Doktor, kenapa saya mendapat penyakit cakera tergelincir sedangkan umur baru 26 tahun?” keluh pesakit saya dari Johor. Beliau juga disahkan menghidap penyakit jantung koronari dan stent (alat mengembang salur darah yang tersumbat) dimasukkan pada beberapa saluran darah jantungnya.


Ia seolah-olah satu ‘trend’ sekarang, di mana penyakit orang tua kini mulai dihidapi orang muda. Jawapan yang biasa saya beri ialah “berlakunya proses penuaan pada tulang belakang anda yang dikenali sebagai spondilosis spina.”

Spondilosis spina ialah satu diagnosis popular di kalangan doktor untuk penyakit tulang belakang. Diagnosis ini tidak membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda. Sebenarnya ia hanya terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang.


Yang berlaku ialah proses kemerosotan struktur, integriti dan fungsi pada beberapa struktur tulang belakang sama ada membabitkan sendi (artritis), cakera, sakit diskogenik atau pada tulang dan ligamen.

Contohnya apabila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan dalam annulus fibrosis dan nukleus proposes di dalamnya menjadikannya lemah dan tidak mampu menyokong berat badan.

Bila dinding cakera lemah, rekahan boleh berlaku. Tekanan kuat yang berlarutan ini menjurus kepada cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.

Sakit belakang di kalangan orang tua selalunya disebabkan proses penuaan juga. Fakta ini kita dapat terima dengan baik kerana sudah dijangka. Namun kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Kenapa kita dapat penyakit tulang belakang serius di usia muda?

Apa punca utama penyakit tulang belakang di kalangan orang muda?

  • Proses penuaan sebelum waktunya — Proses penuaan pada tubuh badan disebabkan proses oksidasi oleh radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul organik yang tidak stabil; berpunca daripada beberapa proses metabolisme tubuh. Contohnya melalui metabolisme sel lemak bagi pesakit kencing manis. Sebab itu orang kencing manis mengalami proses penuaan lebih cepat.

    Ia juga boleh dihasilkan bila tubuh terdedah kepada pencemaran air dan udara, radiasi (nuklear), asap rokok, racun rumput dan serangga.

    Sebenarnya kita tidak tahu makanan yang kita makan, air yang kita minum atau udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menggalakkan pembentukan radikal bebas ini.

    Radikal bebas ini bukan saja dikaitkan dengan proses penuaan, tetapi juga kecederaan organ, beberapa jenis penyakit (sakit jantung koronari) dan kanser.

    Cara memusnahkan radikal bebas ini ialah dengan mengambil banyak antioksidan. Antioksidan banyak ditemui dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin E, C dan beta karotin.

    Molekul antioksidan bertindak dengan cara menghalang radikal bebas mencederakan sel dan tisu badan. Anti oksidan yang berpunca daripada diet seimbang adalah lebih baik daripada vitamin kerana mudah dihadam dan diserap tubuh.

  • Kecederaan pada masa lalu — Kecederaan lampau boleh mempercepatkan proses penuaan pada tubuh yang tercedera. Ini disebabkan tubuh yang tercedera kurang stabil dan mengalami banyak tekanan. Gejala kesakitan akan ketara beberapa tahun selepas kemalangan berlaku.

    Contohnya bagi pesakit yang menghidap artritis sendi faset pada bahagian tengkuk selalunya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Manakala artritis sendi lutut pada usia muda selalu dikaitkan dengan kecederaan lutut lampau.

  • Gaya hidup — Postur ketika duduk, berdiri dan berjalan yang tidak sihat, ergonomik tempat kerja yang tidak seimbang antara penyebab sakit kronik di zaman moden ini. Sesetengah profesion atau sukan memberi penyakit yang khusus disebabkan penggunaan sebahagian tubuh yang terhad tapi melampau.

    Semua ini menggalakkan proses penuaan. Di samping itu, sikap suka makan banyak dan makanan kaya karbohidrat dan lemak menyebabkan kegemukan. Sikap malas bersenam pula menambah lagi masalah kegemukan di samping membuatkan paru-paru dan jantung kurang cergas.

    Diet tidak seimbang, terutama kurang serat, menyebabkan sembelit; juga memusnahkan keseimbangan bakteria baik dan jahat pada usus besar. Akibatnya pengumpulan toksin berlaku yang seterusnya menggalakkan pembentukan radikal bebas yang bertanggungjawab kepada proses penuaan. Kesibukan bekerja pula kadangkala mendorong kita untuk menangguh buang air besar, sedangkan ini memburukkan keadaan.

    Jika anda merokok atau mengambil minuman keras, keadaan menjadi lebih teruk kerana ia juga menggalakkan pembentukan radikal bebas. Ini jelas menunjukkan kebanyakan penyakit zaman moden ini disebabkan gaya hidup tidak sihat. Oleh itu sebahagian strategi rawatan ialah mengembalikan gaya hidup sihat.

  • Mempunyai penyakit atau masalah perubatan lain — Penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang, auto imun (lupus atau artritis reumatoid) adalah contoh di mana pesakit mengalami proses penuaan cepat. Proses penuaan tidak semestinya berlaku di wajah tapi pada pelbagai organ, termasuk tulang belakang. Gejala paling kerap dilihat ialah gejala artritis.

    Asas pada rawatan kesakitan kronik

    Kita tidak boleh hentikan proses penuaan kerana ia proses semula jadi walaupun berlaku perlahan. Selagi hidup, kita menjadi semakin tua. Tua menjadikan kita lemah, sakit dan kurang produktif.

    Keadaan ini tentu memberi masalah pada pesakit muda. Prinsip rawatan kesakitan kronik di sini ialah mengawal kesakitan untuk kembali berkerja. Yang lebih penting ialah; bila tidak sakit, kita boleh bergerak cergas, produktif dan gembira walaupun mengalami artritis atau cakera tergelincir.

    Kita tidak perlu risau mengenai penyakit yang dialami asalkan kita tidak rasa sakit dan terus produktif. Caranya ialah mengawal rasa sakit dan melambatkan proses penuaan dengan pelbagai kaedah moden (ubat dan suntikan) senaman dan mengekalkan gaya hidup sihat
  • HUSM-18, 19, 20 SEPT 2010

    Bismillahirrahmanirrahnim...

    Sudah lama tak menulis blog, akhir2 ini terasa sedikit sibuk- proses perubahan dari alam belajar ke alam pekerjaan..memang agak sulit.. blog pulak tak boleh nak masuk, virus barangkali..

    catatan perjalanan ke HUSM kali ini, mengambil injection untuk rawatan bagi kali ke-7, dalam proses 2 tahun...perjalanan yang terasa begitu singkat sekali...

    Kali ini, saya ditemani abang yang juga seorang doktor dan seorang sahabat, terima kasih atas pengorbanan kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya...

    Treatment yang dilalui sebelum ini dilihat memberi kesan, tiada lagi sakit menjalar ke kaki seperti yang pertama kali dilalui dahulu, dan ini mungkin treatment terakhir ..

    Perasaan? bercampur baur..banyak yang saya pelajari melalui kesakitan yang saya alami selama ini, sangat banyak hikmahnya...sangat banyak yang saya pelajari...

    Terima kasih ya Allah, terima kasih teman-teman..Terima kasih mak, abah dan abang2 atas sokongan yang tidak pernah putus..

    Tuesday, July 13, 2010

    Always be there

    Always Be There Lyrics

    By: Maher Zain

    Alllahu Akbar…

    If you ask me about love
    And what i know about it
    My answer would be
    It’s everything about Allah
    The pure love, to our souls
    The creator of you and me,the heaven and whole universe
    The one that made us whole and free
    The guardian of HIS true believers
    So when the time is hard
    There’s no way to turn
    As HE promise HE will always be there
    To bless us with HIS love and HIS mercy
    Coz, as HE promise HE will always be there
    HE’s always watching us, guiding us


    To Allah you should turn
    As HE promise HE will always be there…

    HE bring ourselves from the darkness into the light
    Subhanallah praise belongs to YOU for everything
    Shouldn’t never feel afraid of anything
    As long as we follow HIS guidance all the way
    Through the short time we have in this life
    Soon it all’ll be over
    And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

    So when the time gets hard
    There’s no way to turn
    As HE promise He will always be there
    To bless us with HIS love and HIS mercy
    Coz, as HE promise HE will always be there
    HE’s always watching us, guiding us
    And HE knows what’s in all in our heart

    So when you lose your way
    To Allah you should turn
    As HE promise HE will always be there…

    Allahu Akbar…

    So when the time gets hard
    There’s no way to turn
    As HE promise He will always be there
    To bless us with HIS love and HIS mercy
    Coz, as HE promise HE will always be there
    HE’s always watching us, guiding us
    And he knows what’s in all in our heart

    So when you lose your way
    To Allah you should turn
    As HE promise HE will always be there…

    Allahu Akbar…

    Sunday, June 13, 2010

    Ya Allah..

    Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami..
    Jadikan kami anak-anak yang soleh dan solehah
    jadikan kami insan yang bertanggungjawab terhadap keluarga kami
    titipkan kpd kami keluarga dan keturunan yang lebih baik dari kami
    kurniakan kami keluarga sakinah, keluarga yang mencintaiMu, keluarga yang dicintaiMu dilindungi dan diselamatkan olehMu
    Ya Allah bahagiakan dan muliakan org2 yang berbuat kebaikan kepada kami...
    Bahagiakan orang-orang yang telah membantu kami ke jalanMu...
    bukakan pintu hati kami agar sisa usia ini benar2 lurus kepadaMu...
    Jangan ya Allah, jangan Kau biarkan dunia ini menyilaukan dan menghalang-halangi kami dekat denganMu
    Titipkan kepada kami dunia yang membuatkan kami akrab denganMu...
    Tutup setiap jalan ya Allah selain jalanMu ya Allah...
    Halangi kami dari pintu mana pun selain pintuMu....
    Lepaskan hati kami dari menggantungkan diri terhadap siapa pun selain hanya kepadaMu..
    Cabut rasa takut dari hati ini ya Allah selain dari takut kepadaMu
    Selimuti hati ini dengan cintaMu dan getarkan hati kami ya Allah, rindu saat berjumpa denganMu.........

    Tuesday, June 1, 2010

    LL4G- satu muhasabah



    bismillah...
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

    Tak tahu bagaimana memulakan entry ini, tapi melihat kepada konvoi keamanan ke Gaza memberi satu tamparan yangg cukup besar..bukan hanya buat saya, malah saya yakin semuanya...dengan posisi dan peranan masing2

    Setelah kapal Mavi Marmara dirampas dan diserang oleh zionis laknatullah, demonstrasi banyak dilakukan, mengutuk kekejaman yang berlaku...

    Semua sedia maklum dan berita serta video banyak tersebar di dalam internet, panjatkan doa kita, supaya Allah terus menguatkan langkah kaki mereka...

    Saya tersentuh dengan janji yang dibuat oleh aktivis2 sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut...

    tetap teguh meneruskan misi bantuan walaupun diancam oleh zionis Israel yang sedia maklum akan kekejamannya...

    Mereka yang di atas kapal, bukan semuanya muslim! tetapi atas rasa sensitiviti sebagai manusia, mereka rela mempertaruhkan harta dan jiwa untuk menyampaikan bantuan...

    Hanya berpegang kepada satu misi kemanusiaan sanggup mempertaruhkan nyawa...

    Subhanallah...kekuatan dan keberanian yang diturunkan oleh Allah...moga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka

    Justeru, di mana saya?? seorang muslim yang sekian maklum akan janji2 Allah, saban waktu diingatkan akan janji Allah terhadap jihad di jalanNya...

    Dimana sumbangan saya pada Islam.......

    Entah bagaimana keadaan mereka ketika ini, zionis laknatullah berusaha memutuskan hubungan kapal tersebut dengan dunia luar...

    Terang2 terangan zionis melanggar undang2 antarabangsa namun tiada apa yang mampu dilakukan..tiada tindakan yang diambil...semuanya mendiamkan diri....

    Ya Allah, bangkitkan kembali semangat umat ini ya Allah..kami lemah tanpaMu..rapatkan barisan kami ya Rabb
    (3:169) Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup,di sisi Tuhannya mendapat rezeki