Thursday, December 17, 2009

Damba cintaMU

Lirik Lagu ” Damba Cinta Mu “
Artis ” Raihan “

Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan Hambamu

ku Sering Melanggar Laranganmu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
ku Sering Meninggalkan Suruhanmu
Walau Sedar aku Milikmu

Bilakah Diri ini Kan Kembali
Kepada fitrah Sebenar
Pagi ku Ingat Petang ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang MenDamba Cintamu
aku Lemah aku Jahil
Tanpa Pimpinan Darimu

ku Sering Berjanji Depanmu
Sering Jua ku Memungkiri
ku Pernah Menangis Keranamu
Kemudian Ketawa Semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-hambamu
Selangkah ku Kepadamu
Seribu Langkah Kau Pada Ku

Tuhan Diri ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

ku Takut Kepadamu
ku Harap Jua Padamu
Moga ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat

sesungguhnya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu