Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Subhanallah, Alhamdulillah..
Terasa tangan macam tak mampu nak menulis,bukan sakit,tapi terasa berat sekali, awalnya saya tidak mahu menulis, minggu exam la katakan, paper matematik 2 hari lagi, Alhamdulillah, setakat ini Allah memberi saya kekuatan untuk menjawab soalan2 yang ada walaupun banyak ujianNya saya mohon doa semua agar kita terus ditetapkan hati dan diberikan kekuatan yang SATU, kekuatan atas dasar seorang hamba,bukan kekuatan atas manusia.
Saya takut jika saya tidak menulis sekarang segalanya akan hilang...
Mari menjadi hamba,sebetulnya mari mencari siapa diri kita sebenarnya, mari mengkaji siapakah saya di atas muka bumi ini. Saya hanyalah seorang hamba. Kita semua hanyalah seorang hamba.
KIta tidak punya apa, walau sekecil apa pun, walau sebesar zarah pun, segalanya yang kita ada bukan milik mutlak kita. Walaupun tubuh kita sendiri, segalanya bukan milik kita. Justeru layakkah kita untuk merasa ego,merasa sombong besar diri atau sebagainya? Baru-baru ni, saya ditegur oleh Allah melalui perantaraan manusia. Terima kasih ya Allah kerana masih tidak membiarkan saya hanyut dengan kesalahan ini. Terima kasih teman kerana tidak pernah jemu mengingatkan saya tatkala saya tersungkur.
Saya secara tidak sedar melakukan kesalahan yang sungguh menampakkan saya seorang yang 'sombong'. Tindakan yang hadir dari diri sendiri sungguh menggambarkan. Saya sendiri tidak sedar. Hinggalah teguran ini hinggap "tindakan anti tu menggambarkan ciri2 orang yang sombong" lebih kurang inilah mesegnya. Saya terdiam, ya Allah sombongkah aku di muka bumiMu ya Allah..
Duduk merefleks diri seketika, saya imbas kembali semua yang terjadi sejak akhir2 ini, saya fikir kembali perasaan-perasaan yang hadir semenjak dua menjak diri. Sombongkah saya? Egokah saya. Sesungguhnya saya tidak layak untuk bersikap semua itu. KIta hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa. Lalu atas apa kita mahu bersikap sombong? Atas apa kita mahu merasakan kita hebat? Atas apa kita mahu merasa ego? Atas setiap sesuatu yang dipinjamkan kepada kita? Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang bersyukur??
Ujian yang hadir, adakalanya dalam bentuk yang tidak pernah kita fikirkan. Ujian luaran, tampaknya di mata. Namun ujian hati dan perasaan sesungguhnya memerlukan mata hati untuk dilihat. Kadangkala kita tidak menyangka yang perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam diri kita. Ujian sebegini terasa begitu berat dan sesak sekali dada untuk dihadapi. Melawan diri sendiri.
KIta hanyalah seorang hamba. Seorang hamba yang tidak layak untuk merasa walau secubit perasaan sombong, ego dan perasaan yang seangkatan dengannya. Kerana kita hanyalah seorang hamba milikNya..yang tidak memiliki apa pun melainkan segalanya pinjaman yang sementara..ampunkan kami ya Allah...
Saya mohon doa semua, untuk hari ini, dan hari2 seterunya untuk kita sentiasa sedar akan status kita sebagai HAMBA !
Ampunkan kami ya Allah atas keterlanjuran kami...