Alhamdulillah..segala puji bagi Rabb yang Maha Agung kerana masih diberi kesempatan untuk berada dalam nikmat iman dan islam
Masih diberi peluang untuk membaca, menulis dan berfikir
Masih diberi kekuatan mata untuk melihat
dan tangan untuk bergerak
Renunglah diri di cermin dan lihatlah betapa besarnya penciptaan diri
Alhamdulillah, akhirnya terbit juga blog yang tak seberapa
"K.ah buatlah blog" antara kata2 yang seringkali hinggap di gegendang telinga..mungkin antara cadangan untuk mencari kelebihan diri disebalik ujian kasih sayang yang diberikanNya
pernah satu ketika mungkin penat mencari alasan maka jawapan yang keluar "ana tak pandai, ana tak reti dan ana tak ada idea menulis"
Satu tembakan tepat dari sang akhwat "alasan!"
fuh..mungkin benar..
InsyaAllah, dengan segala yang termampu sama-sama kita luaskan ruang untuk terus menggapai redhaNya..kerana ini langkahku!